Starry Night Oil on canvas 73.0 x 92.0 cm. Saint Rémy June, 1889
Satu pemahaman yang ringkas mengenai “ Three Starry Night”
Starry Night yang dihasilkan oleh Van Gogh merupakan satu pencapaian yang tinggi dalam sesebuah karya yang dilihat begitu artistic. Walaupun semasa hayatnya Van Gogh hanya menjual sebuah lukisan, namun kerja-kerja lukisannya dikatakan sangat hebat dan besar.Starry Night merupakan sebuah karya yang paling terkenal didalam sebuah tamadun yang moden dan sering dijadikan untuk tujuan peniruan dan dihasilkan semula. Van Gogh telah menghasilkan lukisan ini ketika Van Gogh berada di Asylum Saint-Remy dalam tahun1889. Ketika umur Van Gogh masih muda, Van Gogh mahu memberi bakti terhadap agama kristiannya dan ketika itu ramai yang beranggapan bahawa usahanya terhadap agamnya ini telah digambarkan dalam sebelas bintang didalam lukisannya.
proses pembuatan mural art yang terinspirasi dari lukisan Van gogh ini d buat oleh team ind_art mural.
untuk videonya bisa simak dibawah ini
Semenjak tahun 1941 karya The Starry Night ini telah menjadi koleksi tetap kepada Muzium Seni Moden di New York City. Menurut pencipta lagu McLean, “Starry, Starry Night” (berdasarkan lukisan), adalah hampir mustahil untuk menjauhkan diri daripada lukisan yang amat mengagumkan ini.Mungkin kita tertanya-tanya kenapa lukisan ini dikatakan sangat terkenal dan apakah ciri-cirinya yang menyebabkan ia semakin popular. Sebenarnya terdapat beberapa aspek utama dan kelompok yang melihat karya ini dan setiap faktor yang dijelaskan oleh setiap individu adalah secara berbeza-beza.
No comments:
Post a Comment